Berkhidmat di sini sehingga sekarang.
Tuesday, July 28, 2009
Jalan Dan Tujuan

Dunia menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan.
Bila tujuan seorang hamba menuju Allah, pasti akan ditunjukkan-Nya menerusi Sunnah.
Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
"Dan inilah jalan Tuhanmu (Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat-insaf"
(Surah al-Anam 6:126)
Di mana jalan yang lurus?
"Dengan yg demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada diatas jalan yang lurus." (Surah al-Zukhruf 43:43)
Siapakah akan melalui jalan ini?
Yang beriman dan bersyukur.
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan tuhan kamu, oleh itu beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus." (Surah Ali Imran 3:51)
"Dia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya (menjadi nabi) dan memberi hidayat petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus" (Surah al-Nahl 16:121)
Ke mana jalan ini membawaku?
"Dengan (AlQuran) itu, Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Surah al-Maidah 5:16)
Subscribe to:
Posts (Atom)