
1. Sunnah para Nabi dan Rasul
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan rasul sebelum kamu dan kami jadikan untuk mereka ister-isteri dan juga keturunan” (Surah Al-Ra’d :38)
Sabda Rasullah s.a.w “ Perkahwinan itu adalah sunnnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku "(Riwayat Ibn majah)
2. Tenang dan tenteram
“ Dan antara tanda-tanda membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra bersamanya dan jadikanlah kamu perasaan cinta dan kasih sayang "(Ar-Rum :21)
3. Memelihara Iman
Sabda Rasullulah s.a.w “Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah ia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi. " (Riwayat Al Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w “ Barang siapa yang mampu, hendaklah dia berkahwinkerana dengan demikian dapat menundukkan penglihatan dan dapat memelihara kehormatannya. Dan barang siapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat menghalang keinginan nafsunya.” (Riwayat Ibn Mas’ud)
4. Yakin rezeki daripada Allah
Sabda Rasulluah s.a.w “Sesiapa yang meninggalkan berkahwin kerana takut miskin, maka ia bukanlah daripada golonganku.” (Riwayat Abu Daud)
5. Zuriat
Sabda Rasullulah s.a.w “Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku berbangga dengan jumlah kamu yang ramai.” (Riwayat Abu daud)
6. Disiplin perkahwinan
Kehidupan akan teratur, berdisiplin dan bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment