Thursday, August 13, 2009

Impian


Impian hakiki semua hamba Allah adalah untuk mendapat keredaan Allah dan terlepas dari hukuman api neraka.

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." Surah az-Zariyat: ayat 56

"Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali." Surah an-Najm: ayat 42-44.

Impian Duniawi adalah untuk memenuhi kehendak sesorang individu selagi mana tidak melanggar syariat Allah. Impian ini memerlukan usaha dari individu untuk berjaya.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu selagi mana mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" Surah Ar-Ra'd ayat 11

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya" Surah Al-Najm Ayat 39

Impian saya adalah:

1. Mentaati Allah dan Rasul


2. Mati dalam keadaan yang beriman



3. Mentaati kedua ibu bapa


4. Mendapat rumah tangga yang bahagia


5. Mendapat anak yang soleh/solehah


6. Menunaikan fardu haji


7. Menjadi pakar bedah yang bertaqwa



8. Memiliki rumah



9. Memiliki kenderaan



10. Sentiasa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.



Sesungguhnya, perjalanan hidupku masih jauh lagi....

No comments:

Post a Comment